Pulau Pangkor pernah menjadi penempatan Belanda yang ingin menjajah Perak. Terdapat peninggalan kubu yang dibina sebagai pertahanan dari serangan pahlawan-pahlawan melayu Perak. Antara tempat yang boleh dilawati ialah :-
Kota Belanda - Terletak di Teluk Gedang, Pulau Pangkor.
Batu Bersurat - Terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
Perkuburan Belanda - Terletak di Sungai Pinang.
KOTA BELANDA
PANTAI MENARIK DI PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai yang menarik. Pantainya yang berpasir bersih, air laut yang jernih dan pohon yang melambai di persisiran pantai. Berikut ialah senarai pantai di Pulau Pangkor :-
Pantai Teluk Nipah
Pantai Pasir Gombak
Pantai Teluk Kelapang ( Turtle Bay)
Teluk Man
Pantai Puteri Dewi
Teluk Dalam
Teluk Cempedak
Teluk Gedung
Teluk Segadas
Coral Bay
PULAU MENARIK
Terdapat beberapa Pulau kecil di sekitar Pulau Pangkor. Pengunjung yang ingin ke Pulau -pulau ini boleh Menyewa bot atau pakej aktiviti yang ditawarkan.
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan ialah kecantikan pantai, air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan hidupan laut yang cantik. Pulau Pangkor juga merupakan tempat yang bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu. Buat yang ingin membuat perancangan bercuti, Pulau Pangkor adalah tempat yang sesuai untuk bercuti.
LOKASI
Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka. Ia termasuk dalam daerah Manjung, Bandar terhampir dengan Pulau Pangkor ialah Lumut. Pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri di Jeti Lumut.